ASSALAMUALAIKUM..!!TERIMA KASIH KERANA KLIK DI HALAMAN INI.TUJUAN SAYA UNTUK MEMPERKENALKAN RAKAN RAKAN HAMS DI SIK KEDAH YANG SEMPAT SAYA RAKAMKAN GAMBAR MEREKA.ADA RAMAI LAGI YANG BELUM SEMPAT SAYA RAKAMKAN.INSYA ALLAH.
Monday, December 4, 2006
GAMBAR GAMBAR RAKAN RADIO AMATUR SIK _____________________________________
Sik,Kedah merupakan salah satu daerah yang luas dalam Negeri Hijau Kuning.Walaupun keadaan muka buminya berbukit-bukit,namun tidak menjadi halangan untuk terus membangun seiring dengan langkah-langkah kerajaan.Lebuhraya yang sedang dibina dari Gurun ke Sempadan Thailand (Durian Burung) melalui Pekan Sik adalah salah satu langkah untuk memajukan Pekan Sik.
Sebagai informasi,Sik SibatuManikam adalah tajuk lagu yang menjadi lagu tema untuk Daerah Sik.Senikata lagu tersebut dicipta oleh Yb.Dato Dr.Hj.Wan Azmi Bin Ariffin,Ahli Parlimen Sik dan digubah oleh saya sendiri.Klau rakan -rakan nak dengar lagu tersebut boleh lah layari website www.wanazmisik.com .Sik mempunyai lebih kurang "30 stesyen"radio amatur.20 stesyen bertiket dan 10 stesyen swal.InsyaAllah jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa.Dan sebagai pengetahuan sejarah ASTRA juga ditubuhkan di Daerah Sik dan hingga sekarang alamatnya masih lagi tertera dengan alamat dari Sik.Reapeater Sik (Bukit Dedap) masih lagi berfungsi dengan baik.Terima Kasih pada Astra yang sudi memasang reapeater untuk kegunaan rakan-rakan hams di Sik dan juga rakan-rakan lain yang dapat memancar ke reapeater Sik.Frequency 145.650 dengan MINUS 600 dan TONE 103.5 adalah "TransnationalReapeater" dan 144.075 dengan PLUS 1000 dan TONE 88.5 adalah "LocalReapeater".Kalau ada rakan-rakan yang ber mobil ke Sik,boleh lah memasuki salah satu reapeater di atas ataupun memanggil di simplex chanel Sik "145.350".SELAMAT DATANG KE DAERAH SIK.
TERIMA KASIH.
0 comments:
Post a Comment